wish-bone necklace (topman)
Sunday, December 25, 2011
dior homme ss12











dior homme ss12 menajdi pilihan saya untuk koleksi menswear spring summer 2012. kombinasi warna yang kena dengan gaya peribadi saya iaitu hitam, putih dan biru. potongan yang bersih dengan aksesori topi yang menjadi item must have untuk lelaki. saya pernah berangan untuk memakai koleksi ini untuk graduation saya nanti. mana mahu dapat duit?
icon: katharine hepburn
"katharine hepburn is a guy" itulah kata-kata biasa apabila ditanya mengenai seniawati paling agung ini. memenangi 4 oscars for best actress selepas mendapat 12 nominasi, hanya di pintas oleh meryl streep. katahrine merupakan seorang actor yang luar biasa. tidak bisa dipanggil typical kerana perwatakan on and off screen yang membuat orang berkata. kehebatan beliau sebagai seorang pelakon tidak mungkin disangkal lagi. katahrine sangat outspoken yang bukan menjadi kebiasaan oleh wanita pada masa itu. antara wanita pertama yang gemar memakai seluar. wanita pada waktu itu dilabel sebagai cantik dan lemah lembut hanya memakai dress. tetapi tidak kepada katharine. beliau adalah seorang rebel!p/s: katharine dan audrey bukan adik beradik mahupun sepupu. tiada relation pun
Friday, December 23, 2011
rest in peace: Amy Winehouse

i think masih belum terlambat untuk saya menulis mengenai Amy Winehouse, penyanyi wanita paling saya suka. saya mengaku agak sukar untuk saya menulis mengenai amy selepas berita kematian beliau yang menggempar seluruh dunia. to be honest saya hampir pengsan mendengar berita tersebut. jika tidak silap saya berita itu keluar di timeline twitter pada waktu malam. air mata saya lantas mengalir sambil saya menyebarkan berita tragis ini kepada rakan-rakan lain. semua terkejut tidak percaya. mana kan tidak kerana amy pada waktu itu sedang merakamkan album terbaru dijangka akan keluar tahun 2012.
amy winehouse meninggalkan dunia dengan sebuah legasi penuh misteri yang ramai tidak mampu capai dalam usia singkat beliau. suara amy winehouse pasti menjadi ingatan sampai bila-bila. seorang style icon yang mempunyai gaya unik dengan rambut beehive, tattoos dan gaya eyeliner yang menjadi ikutan ramai. 2 album yang pada saya antara paling berkualiti dilahirkan dalam generasi kini dengan lagu-lagu irama jazz + tradisional pop hebat seperti love is a losing game, valerie, back to black, stronger than me dan you know im know good. dan lagu you know im no good merupakan satu-satunya lagu yang pernah saya perform in public. waktu itu saya masih belajar dalam sem 1 di taylors.
dunia kehilangan permata paling bersinar selepas kematian amy winehouse. duniaku seperti malap seketika. ramai tidak tahu betapa saya amat meminati amy winehouse. tiada yang layak menjadi pengganti for sure.
i <3 amy winehouse
issue #1
intrend january 2012
WOW! inilah issue pertama saya sebagai seorang intern. honestly speaking saya berasa begitu bangga dengan diri sendiri. bukan mahu berlagak atau poyo. tetapi ini adalah satu pencapaian yang pasti saya ingat sampai bila-bila. bangga! saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada team intrend yang memberi saya peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga mereka. saya diberi kepercayaan untuk menulis untuk issue ini walaupun saya tiada pengalaman menulis dalam bahasa Melayu. kali terakhir saya menulis dalam bahasa melayu ialah sewaktu peperiksaan spm tahun 2005. selepas itu saya hanya menulis dalam english. dan tidak mudah untuk menulis untuk intrend. saya harus belajar dalam masa yang begitu singkat. untuk issue pertama ini, saya menulis untuk beberapa ruangan seperti buletin fesyen, khabar kota, komen anda dan advetorial. saya juga membantu team intrend sewaktu shooting juga loaning baju. satu pengalaman yang indah. hari pertama intern saya terus ke studio untuk shoot cover. itulah pertama kali saya berjumpa dengan vee dan kheme. hari kedua adalah ahri pertama saya masuk office. saya di interview oleh editor intrend, kak rosie. menggeletar dibuatnya. mana kan tidak i dont expect anything pun. saya tidak membawa resume pun. but confident itu sexy! apa-apa pun saya berasa amat bersyukur. akan aku jadikan ini satu permulaan untuk aku mencapai cita-cita ku untuk menjadi seorang editor. (tetapi saya tidak beberapa suka akan cover ini, ada something yang tidak cukup rasa).
it started with a whisper
it started with a whisper
Sunday, December 11, 2011
tongue in chic
(shirt-zara, skinny hitam-topman,bag-topshop,sunglass-topman,kasut-bandung,rantai cowboy-vintage)
wow wow wow!!! to be honest i was damn surprised to be featured in tongue in chic website. and i was the one chosen for the front page of the website. this picture was taken during malaysia international fashion week 2011. bertempat di zebra square yang tidak siap. agak semak lah tempat itu seperti parking taylor's university. berbatu-batu berdebu lagi. apa-apapun inilah event pertama saya sebagai intern di intrend.
thanks to tongue in chic
Subscribe to:
Comments (Atom)


