Friday, December 23, 2011

issue #1

intrend january 2012

WOW! inilah issue pertama saya sebagai seorang intern. honestly speaking saya berasa begitu bangga dengan diri sendiri. bukan mahu berlagak atau poyo. tetapi ini adalah satu pencapaian yang pasti saya ingat sampai bila-bila. bangga! saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada team intrend yang memberi saya peluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga mereka. saya diberi kepercayaan untuk menulis untuk issue ini walaupun saya tiada pengalaman menulis dalam bahasa Melayu. kali terakhir saya menulis dalam bahasa melayu ialah sewaktu peperiksaan spm tahun 2005. selepas itu saya hanya menulis dalam english. dan tidak mudah untuk menulis untuk intrend. saya harus belajar dalam masa yang begitu singkat. untuk issue pertama ini, saya menulis untuk beberapa ruangan seperti buletin fesyen, khabar kota, komen anda dan advetorial. saya juga membantu team intrend sewaktu shooting juga loaning baju. satu pengalaman yang indah. hari pertama intern saya terus ke studio untuk shoot cover. itulah pertama kali saya berjumpa dengan vee dan kheme. hari kedua adalah ahri pertama saya masuk office. saya di interview oleh editor intrend, kak rosie. menggeletar dibuatnya. mana kan tidak i dont expect anything pun. saya tidak membawa resume pun. but confident itu sexy! apa-apa pun saya berasa amat bersyukur. akan aku jadikan ini satu permulaan untuk aku mencapai cita-cita ku untuk menjadi seorang editor. (tetapi saya tidak beberapa suka akan cover ini, ada something yang tidak cukup rasa).


it started with a whisper

No comments:

Post a Comment